Blog untuk belajar buat duit online,serta tutorial tutorial yang membantu anda dalam kehidupan

Selasa, 11 Oktober 2011

10 Ahli falsafah terpenting : Socrates

Socrates (470 - 399 SM) merupakan ahli falsafah Yunani yang diakui ramai sebagai pengasas falsafah Barat. Bukti tunggal terhadap kewujudannya hanya terdapat daripada rujukan-rujukan kepada beliau oleh orang-orang yang dikatakan merupakan pengikut-pengikutnya. Oleh itu, sesetengah orang telah menyoal tentang adakah Socrates benar-benar pernah wujud dan merujuk kepada pemerihalan cacat Plato mengenai kematian Socrates melalui peracunan. Tambahan pula, terdapat satu pola bahawa semua rujukan kepada Socrates berfungsi sebagai alat retorik yang digunakan, mula-mula oleh Aristophanes dan kemudiannya oleh orang-orang lain seperti Plato, sebagai pengharapan terhadap orang yang berwibawa untuk memberikan tanggapan bahawa aliran hujah mereka disokong oleh seorang tokoh yang agung.

Dikatakan seorang penduduk Athens, Socrates telah diperihalkan sebagai didapati bersalah oleh mahkamah Athens kerana tidak beriman dan merosakkan pemuda-pemudi Athens melalui ajarannya. Mereka yang memberikan pemerian ini mengatakan bahawa beliau diberikan pilihan untuk memilih buangan tetapi memilih kematian minum hemlok kerana beliau percaya bahawa buangan akan mengaibkan persetujuannya untuk mematuhi undang-undang Athens.

Sumbangan terpenting Socrates kepada pemikiran Barat dikatakan kaedah bertanya-tanyanya (bahasa Inggeris: method of enquiry) yang dikenali sebagai kaedah elenchos, dan yang beliau mempergunakan untuk penelitian konsep-konsep moral yang utama seperti "Baik" dan "Adil" yang sering kali digunakan tanpa sebarang definisi nyata. Kaedah ini diperihalkan buat pertama kali oleh Plato dalam karyanya, Dialog-dialog Socrates. Disebabkan ini, Socrates dianggap secara tradisi sebagai bapa falsafah politik serta etika (atau falsafah moral), dan secara amnya sebagai sumber untuk kesemua tema utama dalam falsafah Barat.

Kalau tidak silap penulis, Socrates sanggup membunuh diri dengan meminum racun daripada mencemar falsafahnya sendiri. Beliau seorang yang berpegang teguh pada falsafahnya.

Apa yang paling penulis ingat tentang socrates adalah mengenai falsafahnya terhadap muzik.Beliau telah mengenalpasti muzik sebagai salah satu alat atau medium terbaik untuk meng'indoktrin' atau menpengaruhi kerekter serta minda manusia selain matematik. berikut adalah quote daripada beliau:

Musical training is a more potent instrument than any other, because rhythm and harmony find their way into the inward places of the soul, on which they mightily fasten, imparting grace, and making the soul of him who is rightly educated graceful, or of him who is ill-educated ungraceful.

Jadi memang benarlah kata-kata yang telah disebutkan oleh socrates ini. Yahudi serta musuh-musuh islam menggunakan muzik sebagai salah satu cara untuk melemahkan serta melalaikan umat islam. Jadi sebagai seorang umat islam yang berkecimpung dalam bidang muzik memang seharusnyalah penulis menggunakan ilmu muzik yang ada untuk counter attack kembali kepada mereka.Berikut adalah dokumentari ringkas mengenai socrates.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan