Ahad, 23 Oktober 2011

Bagaimana untuk meningkatkan tahap testosteron anda

Related Posts :



Pada kali ini penulis ingin mengupas sedikit mengenai bagaimana untuk meningkatkan tahap testosteron anda.Jika ada sesiapa yang tdak mengetahui apa itu testosteron anda mungkin seorang yang belum cukup umur atau seorang yang terlalu ignorance mengenai perubahan diri anda.. jadi disarankan anda google dahulu apa itu testosteron ye.. :)

Sebelum penulis memberikan cara untuk meningkatkan testosteron anda, penulis akan berikan dahulu tanda-tanda atau gejala yang menunjukkan anda mempunyai masalah kurang testosteron:

TANDA KURANG TESTOSTERON

1.Sakit sendi dan sakit otot

2. Berpeluh berlebihan

3. Masalah tidur seperti tidak cukup tidur atau tidur berlebihan

4. Mudah meradang

5. Cepat penat

6. Kurang bertenaga melakukan hubungan seksual, selalunya sebelah pagi tidak lagi berlaku ereksi.

Jadi jika anda mempunyai masalah-masalah di atas kemungkinan besar anda mempunyai masalah kurang testosterone.Jadi berikut penulis berikan cara semulajadi bagaimana untuk menambahkan testosteron anda tanpa perlu mengambil ubatan atau 'Ali stick'.

Lakukan perkara berikut (setiap hari lagi bagus)

1.dapatkan tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari

2.jangan merokok

3.lakukan meditasi selama 10 minit untuk menghilangkan stress.

4.pergi ke Gim selalu dan lakukan senaman berat seperti angkat berat, push-up,dan lain-lain. rujuk di sini

5. Jangan atau kurangkan makanan berasaskan soya, ya soya tetmasuklah air soya yang anda selalu minum serta kicap yang anda selalu makan dengan nasi.Soya mengurangkan tahap testosteron anda.

6.Makan makanan yang berprotein tinggi seperti ikan dan kekacang.

Diharap post ini dapat membantu sesipa yang mempunyai masalah ini.

0 comments :

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management
X