Isnin, 10 Oktober 2011

Gloomy sunday muzik pembunuh!!!!

Related Posts :



sedikit video penerangan tentang komposer serta lagu mengenai gloomy sunday. Lagu original terletak di akhir post.


Lagu 'Gloomy Sunday' penulis pilih sebagai muzik pilihan untuk minggu ini adalah kerana Sejarah Lagu ini sendiri yang unik dan muziknya yang bagi penulis emosinya amat meruntun jiwa.

Baiklah penulis akan ceritakan serba sedikit mengenai sejarah lagu ini bagi sesiapa yang belum tahu. Gloomy sunday adalah lagu hasil nukilan komposer dari Hungary iaitu Rezs┼Ĺ Seress pada tahun 1933. Lagu ini juga dikenali sebagai hungarian suicide song kerana Ramai orang telah MEMBUNUH DIRI setelah mendengar lagu ini termasuk komposernya sekali pada tahun 1968 dengan percubaan pertamanya dengan terjun melalui tingkap rumahnya, namun beliau terselamat tetapi ketika di hospital, beliau membunuh diri dengan menjerutkan tali di lehernya sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Oklah pesanan penulis kepada sesiapa yang mahu mendengar lagu ini, ingatlah anda takkan mencium bau syurga jika anda membunuh diri, jadi jangan dengar lagu ini jika anda berada dalam keadaan depresi :)

Baiklah kepada sesiapa yang telah terselamat setelah mendengar lagu ini, sudi-sudikanlah memberikan komen anda.

di Bawah ini adalah muzik piano original gloomy sunday. Ini bukanlah versi penuh kerana dikatakan versi penuh terlalu depressing jadi hanya ini sahaja muzik yang dibenarkan untuk pendengaran umum.

1 comments :

Sekamar Rindu berkata...

ngeri tema lagu ni..

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management
X