Blog untuk belajar buat duit online,serta tutorial tutorial yang membantu anda dalam kehidupan

Rabu, 30 November 2011

Muzik berfalsafah atau muzik beremosi?

itulah persoalan yang selalu bermain di fikiran penulis samaada mahu mencipta muzik berpandukan falsafah atau mencipta muzik dengan berpandukan ekspresi serta emosi.jika berppandukan falsafah , muzik tersebut akan dapat memuaskan hati penulis kerana konsep serta ideanya yang baru dan avant garde tapi dari segi hasil akhirnya atau bunyi yang dikeluarkan selalunya disonan atau tidak sedap didengar oleh orang kebanyakan. Jika tidak sedap didengar maka bagaimana muzik sebegini hendak diapresiasi?

Jika berpandukan emosi serta ekspresi , muziknya adalah indah seperti muzik-muzik yang selalu anda dengar, tapi konsep sebegini telah ketinggalan zaman, kerana ia adalah menjadi seni kelas kedua iaitu seni muzik yang meniru benda atau perkara lain untuk dijadikan ilham. zaman romantik banyak muzik sebegini. tetapi kelebihannya pula ialah ia lebih dekat dan lebih mudah untuk diapresiasi oleh manusia kerana emosi dan manusia saling berkait rapat.

Jadi sebagai seorang komposer, penulis rasa perlu ada balance di dalam kedua-duanya, penulis pun ada mempunyai komposisi yang berpandukan kedua-duanya dan bagi penulis , mencipta muzik berfalsafah kepuasannya adalah dari segi dimana penulis dapat mengeksplorasi dengan lebih mendalam dan boleh lebih bereksperimentasi, dan bagi musik beremosi pula, kepuasannya adalah dari segi kebolehan berekspresi serta meluahkan emosi di dalam muzik tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan