Selasa, 22 November 2011

nukilan seorang pelajar yang stress!!!

Related Posts :



Ini adalah nukilan peribadi penulis yang pertama di blog ini kerana penulis ingin meluahkan sesuatu yang terbuku di dada. mesti anda semua pernah merasai keadaan dimana anda rasa tidak bermotivasi untuk melakukan kerja bukan? ya itulah yang penulis alami pada waktu ini, rasa malas mencengkan jiwa untuk melakukan kerja tersebut.

Hasil pemerhatian penulis keatas diri sendiri, ini adalah disebabkan oleh jumlah assignment yang bertimbun yang masih belum disiapkan. semakin dekat dateline maka semakin stress rasanya sehingga motivasi itu hilang dan mengakibatkan penulis end up dengan tidak melakukan apa-apa.

Penulis tahu, bidang composition ini banyak cabarannya, kena siapkan 4 komposisi baru setiap semester, dan setiap komposisi memerlukan penulis memerah otak untuk mendapatkan idea untuk komposisi tersebut, ditambah pula dengan assignment lain  yang juga memerlukan kerja mental, maka penulis mengalami keletihan mental,penulis tahu tentang hal ini, tetapi semester ini stressnya dirasakan terlampau sehingga ada rakan penulis yang pengsan di dalam kelas kerana stress... ya betul... ini serius....

Penulis takut akan menjadi seperti dia, jadi penulis perlu mencari solusi untuk masalah stress ini daripada menjadi lebih teruk, sekarang ni pun penulis selalu sakit kepala dan rasa nak demam, takut pulak kene darah tinggi sebab stress, tapi apa-apapun kerja harus disiapkan, minggu-minggu terakhir bagi semester ini perlu penulis harungi dengan tabah dan mental penulis perlu disiapsedikan untuk memerah sebanyak mungkin idea untuk menyiapkan assignment-assignment ini....

ciao-ciao

0 comments :

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management
X