Blog untuk belajar buat duit online,serta tutorial tutorial yang membantu anda dalam kehidupan

Khamis, 6 November 2014

cara bersenam paling mudah dan efisyen: hanya 7 minit setiap hari



Pada post kali ini penulis berikan cara bersenam paling mudah dan efisyen untuk mereka yang sibuk serta malas untuk keluar rumah untuk bersenam. Ia dipanggil 'Senaman 7 minit'. Ya... anda hanya memerlukan 7 minit sahaja setiap hari. Jadi kepada yang suka mencari alasan untuk tidak bersenam, kini anda tiada alasan lagi.

Senaman ini juga merupakan senaman yang baik untuk cardio serta mengempiskan perut dan mengurangkan berat bandan anda. Penulis telah melakukannya hampir setiap hari dan penulis telah melihat hasilnya dimana perut buncit serta tayar spare beransur-ansur kempis dan hilang dan penulis telah kehilangan 5 kg dari berat asal setelah memulakan senaman ini.


Senaman ini terdiri dari 12 jenis aktiviti senaman yang dilakukan tanpa henti dimana setiap aktiviti senaman dilakukan selama 30 saat tanpa henti, kemudian ia diselangi dengan 10 saat rehat sebelum anda memulakan aktiviti senaman lain. Rujuk gambar dibawah untuk melihat aktiviti-aktiviti senaman tersebut.



Sila rujuk video dibawah untuk melihat bagaimana setiap senaman tersebut dilakukan dengan cara yang betul















Untuk membantu senaman anda anda boleh mendownload apps timer senaman ini di google playstore ataupun Apple store. hanya search '7 minutes workout' dan anda akan menjumpai appsnya. Ada juga website yang membantu anda sebagai timer ketika anda bersenam iaitu di SINI

Diharap dengan sedikit info yang diberikan ini dapat membantu anda untuk bersenam dan menjadi lebih sihat di masa hadapan.

*ps: sila dapatkan nasihat doktor jika anda mempunyai penyakit sebelum memulakan senaman ini.

gambar teratas diambil dari blog INI

2 ulasan:

  1. Salam admin. I suka tips yg you recommend ni. I ada try beberapa, and Alhamdulillah, body nmpk toned. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

    >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

    BalasPadam