Blog untuk belajar buat duit online,serta tutorial tutorial yang membantu anda dalam kehidupan

Khamis, 7 Januari 2016

5 teknologi lama yang masih dipakai pada hari ini



Pada post kali ini penulis akan kongsikan 5 teknologi lama yang anda tak sangka masih digunakan pada hari ini walaupun teknologinya sudah dianggap ketinggalan zaman serta lapuk.





1. Disket

Disket pada awal 90an merupakan salah satu alatan penting untuk menyimpan data tapi dengan kehadiran thumb drive maka kegunaannya dianggap sudah tidak relevan... tapi tahukah anda ia masih dipakai untuk urusan di dalam Rumah Putih Amerika?


2.Kamera Polaroid

Dengan teknologi yang semakin canggih kini telefon bimbit juga sudah mempunyai kamera yang berkualiti tinggi, jadi penggunaan kamera segera atau polaroid mungkin dianggap sudah lapuk atau tidak relevan, tetapi tahukah anda penjualan kamera segera atau polaroid semakin meningkat dan popularitinya juga kembali meningkat.


3. CD

Dengan adanya teknologi streaming serta download penjualan CD dikatakan sangat menurun di seluruh dunia tapi ada satu negara dimana penjualan CD muziknya merangkumi 85 peratus jumlah jualan muzik keseluruhan di negara tersebut. Tahu negara apa? Negara tersebut ialah Jepun.


4. Vinil

Seperti CD, vinil juga masih mendapat tempat di hati pengguna dan jumlah peminatnya juga bertambah saban tahun


5. Mesin taip

Barangan yang menjadi obsesi penyanyi Azlan ini walaupun kegunaannya sudah dianggap lapuk, tetapi ia masih digunakan terutamanya di jabatan-jabatan kerajaan untuk mengisi borang. disamping itu ia juga kini mempunyai kegunaan baru...nantikan di post akan datang untuk mengetahuinya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan