Selasa, 5 Januari 2016

7 kepercayaan orang tidak berduit mengenai duit

Related Posts :






Berikut merupakan 7 kepercayaan orang yang tidak berduit mengenai duit yang meyakinkan mereka bahawa hidup mereka lebih baik begini dan menghalang mereka untk mencapai impian bebas dari segi kewangan.




  1. Semua orang kaya itu jahat. Orang kaya  dikatakan menjadi kaya dengan tipu helah serta banyak penyelewengan dilakukan untuk mendapatkan kekayaan.


  2. Kereta merupakan bini kedua. kebanyakan orang menganggap  kereta merupakan pelaburan mereka yang terbaik tapi sebenarnya keretalah lubuk ketirisan wang anda. 


  3. Tak cukup duit untuk simpan dalam bank. Pakar kewangan menyatakan menyimpan dahulu sebahagian duit gaji anda dan baru belanjakan selebihnya... bukan berbelanja dahulu....


  4. Anda hanya hidup sekali. Maka anda berbelanja tak ingat dunia sehingga akhirnya memakan diri


  5. Kerja kerajaan menjamin kehidupan. ramai orang kita berpendapat begini  sehingga ada yang memperlekehkan orang kita yang berusaha untuk berniaga padahal perniagaan adalah punca rezeki yang utama. Bayangkan kerajaan bertukar tangan kemungkinan polisi juga akan bertukar dan mungkin ramai akan diberhentikan kerja.


  6. Kad kredit dan kad debit adalah kemudahan ketika berbelanja. ada dalam kalangan masyarakat hari ini memiliki kad kredit bukan untuk kemudahan tetapi lebih kepada bermegah-megah. Bagi mereka, penggunaan kad kredit melambangkan status sosial yang tinggi di mata masyarakat. Kad kredit tidak sewajarnya digunakan untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi untuk perbelanjaan yang tidak perlu.


  7. Terlalu sukar untuk memahami dan menguasai urusan kewangan. Seperti cabaran-cabaran lain dalam kehidupan, ilmu pengetahuan amat diperlukan untuk mahir dalam urusan kewangan. Untuk menguasai ilmu dan kemahiran pengurusan kewangan tidak sukar dan tidak memerlukan belanja yang besar untuk menguasainya. Banyakkan membaca dan menimba ilmu. Bahkan kini, sudah banyak buku mengenai pengurusan kewangan yang lebih mudah difahami di pasaran. Langkah pertama yang boleh diambil ialah mempelajari asas-asas mengenai kewangan dan mengetahui langkah-langkah praktikal yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah kewangan dalam hidup anda.

0 comments :

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management
X