Ahad, 3 Januari 2016

Cara mengurat awek yang paling berteknologi tinggi

Related Posts :






Pada kali ini penulis akan kongsikan cara mengurat awek yang paling berteknologi tinggi. Kenapa perlu cara yang berteknologi tinggi? kerana dengan cara ini anda akan dilihat sebagai seorang yang unik dan anda akan diingati oleh awek tersebut sampai bila-bila sekalipun anda gagal untuk memikat hatinya.



Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan mendownload App Fake Call di playstore untuk pengguna android atau jika anda guna iphone search 'fake call' dan install appsnya. Apps ini berfungsi untuk membuat panggilan palsu ke telefon anda. Saya akan beritahu sebentar lagi bagaimana menggunakan apps ini sebentar lagi. download dulu appsnya di SINI

Setelah anda download anda perlu setting dahulu apps tersebut agar ia kelihatan seperti panggilan yang asli. Anda perlu tukar nama, nombor, ringtone serta suara pemanggil agar ia kelihatan lebih meyakinkan. Suara pemanggil merupakan satu elemen penting untuk diambil perhatian kerana disini anda perlu merekod suara anda dan menggunakan 'ayat-ayat jiwang anda' untuk menarik perhatian.

Jadi setelah semua siap disetting maka anda boleh mula melakukan proses mengurat anda. Saya akan beri contoh situasi anda boleh menggunakan app ini supaya anda boleh lebih memahami caranya.

Situasi:


  1. Anda terlihat seorang awek duduk di bus stop
  2. anda pun mula duduk di sebelahnya (andaikan ada tempat kosong)
  3. Anda menekan app fake call untuk memulakan aplikasi
  4. telefon anda berdering
  5. anda menjawap telefon dan dengan segera menyerahkan telefon kepadanya sambil menyatakan "ada call untuk awak"
  6. Dia menjawap (andaikan sahaja dia menjawap)... pada ketika ini ayat-ayat yang anda rekod sebelum ini akan didengari oleh beliau. Antara ayat2 yang boleh anda nyatakan adalah seperti "hai awak... saya tuan punya hp ni... saya suka kat awak tapi segan nak cakap... nak mintak nombor boleh?" ( ini adalah contoh ayat... saya yakin anda boleh melakukan dengan lebih baik lagi)
  7. tunggu dan lihat reaksi beliau.. jika baik alhamdulillah jika tak ok anda boleh cuba dengan cara improvisasi yang lain. jangan cepat mengalah
Ini adalah salah satu contoh situasi yang boleh anda cuba, gunakan kreativiti anda. Mungkin ada yang kata kenapa tak approach macam biasa sahaja? kan lebih senang... ya  memang boleh tapi cara ini lebih unik dan ia juga membantu bagi mereka yang pemalu. Selamat mencuba.

ps: Jika anda ada sebarang idea atau komen membina untuk menjadikan cara ini lebih berjaya... jangan segan silu menulis di ruangan komen di bawah :)

0 comments :

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management
X