Selasa, 2 Februari 2016

5 fakta mengenai Virus Zika yang anda perlu tahu

Related Posts :




Virus Zika setakat ini alhamdulillah belum ada laporan mengenai jangkitannya di Malaysia tetapi kita tetap harus berjaga-jaga. Berikut diberikan 5 fakta mengenai Virus Zika yang anda perlu ambil perhatian.


1. Apa itu virus Zika
 Virus Zika termasuk dalam keluarga Flaviviridae. Gejala atau simtom apabila terkena virus Zika antara lain sakit kepala, ruam di wajah, leher, lengan atas, mungkin juga ke telapak tangan dan kaki, Anda juga mungkin mengalami demam. Pertama kali virus ini ditemui pada tahun 1948 dari monyet di Hutan Zika, Uganda. Itulah datangnya nama Virus Zika ini.

2. Disebarkan oleh nyamuk Aedes aegypti 
 virus ini  dibawa nyamuk Aedes aegypti. Namun saintis masih mencari kemungkinan lain cara penyebaran selain gigitan nyamuk.

 3.  mikrosefali dan Zika
Di Brazil jumlah kelahiran bayi yang menghidap penyakit mikrosefali atau otak kecil meningkat mendadak selari dengan peningkatan kadar jangkitan virus zika di Brazil. Ini menyebabkan penyelidik percaya ada kaitan diantara kedua-duanya. Jadi Ibu mengandung yang dijangkiti virus ini mempunyai risiko besar untuk bayinya mengalami mikrosefali ketika dilahirkan

 4. Ada ubat untuk merawat virus Zika?
 Belum ada vaksin atau ubat untuk mencegah virus Zika. Masyarakat diminta melindungi diri dengan mencegah gigitan nyamuk dengan menggunakan penyembur nyamuk serta menjaga kesihatan.

 5. Apakah virus Zika sudah berada di malaysia?
 Setakat ini belum ada kes yang dilaporkan tetapi di negara jiran Indonesia sudah ada rakyatnya yang terjangkit.

0 comments :

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management
Blogger Widgets
X