Rabu, 13 Februari 2019

Tun M ditekan? kebijaksanaan Tun M yang orang tak nampak

Related Posts :







Setelah kejayaan cemerlang pakatan harapan di PRU yang lalu dan Tun M diangkat menjadi perdana menteri semula, kini setelah 9 bulan, ada kecaman terhadap beliau yang kononnya beliau diperkudakan dan ditekan oleh pihak yang berkepentingan.

Tapi penulis mempunyai pandangan yang berbeza mengenai isu ini, tapi harus dijelaskan disini , ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja tidak semestinya anda perlu bersetuju atau membantah.

Sila baca selanjutnya




Pada pandangan penulis, Tun M sengaja membiarkan mereka yang ekstremis(baca menteri perpaduan) serta chauvinis (baca DAP) menganggotai kabinetnya untuk :


  1. Menunjukkan bukti bahawa memang DAP serta Hindraf ini memusuhi orang melayu serta islam. Lihat dalam 9 bulan ini berapa kali sensitiviti orang melayu serta islam diusik dengan isu isu ICERD dan UEC serta kisah Adib yang masih tidak berkesudahan. Belau nak kita sedar perancangan sebenar golongan ini yang mahu mengetepikan melayu dan islam di negara ini. Bayangkan jika Najib menang pru lalu, dan perasaan marah rakyat lebih meluap luap dan menyebabkan BN kalah teruk pada pru seterusnya, maka ketika ini Tun M mungkin telah tiada, dan yang diangkat menjadi pemimpin negara mungkin dengan sewenang wenangnya mengubah negara ini mengikut kemahuan mereka. Ketika ini di bawah Tun M, beliau masih mampu untuk mengawal ini dari berlaku.


  2. Menyedarkan umat Islam supaya bersatu. Dengan tercetusnya insiden insiden yang mengguris hati orang melayu dan islam, sedikit demi sedikit kita nampak orang melayu islam semakin bersatu dan kita telah nampak hasilnya dengan kemenangan BN di cameron pada PRK lalu. Orang islam nampaknya sudah sedar hanya dengan bersatu hati baru kekuatan terserlah. 


  3. Menyedarkan orang melayu tentang sejarah bangsa sendiri. Sebelum ini kita hanya memandang enteng pada sejarah dan seringkali di sekolah subjek sejarah adalah antara yang paling tidak disukai di kalangan pelajar.Tapi dengan adanya pelampau hindraf yang kalim bahawa orang hindu india adalah orang asal yang membuka tamadun tanah melayu, maka berduyun duyunlah orang melayu mengkaji semua tentang sejarah bangsa untuk menangkis kalim dari puak yang mengagungkan Chola ini.
Jadi ini adalah antara hikmah yang aku nampak bila Tun M memerintah pakatan harapan yang mungkin orang lain tak nampak. Di akhir kata hayatilah sajak perjuangan belum selesai dari Tun mahathir ini dan hayati maksudnya.


0 comments :

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management
X