Blog untuk belajar buat duit online,serta tutorial tutorial yang membantu anda dalam kehidupan

Sabtu, 15 Oktober 2011

INGATLAH! Kata kata hikmah Pemimpin Negara....

Kebebasan bererti tanggungjawab,
tanggungjawab bererti berusaha, bertindak serta
berdikari dan kejayaan yang dicapai daripada usaha
seseorang itu adalah tidak ternilai harganya.
– Tun Abdul Razak Hussin –


Disiplin yang baik terbentuk dari sikap
yang baik dan sikap yang baik adalah hasil daripada
pemimpin dan teladan yang baik.
–Tun Abdul Razak Hussin –

Tanpa disiplin yang tinggi seseorang itu terdedah kepada penyimpangan matlamat.
-Tun Hussein Onn -

Kita tidak boleh berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal.
-Tun Mahathir Mohamad -

Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga.
- Tun Mahathir Mohamad -


Diatas merupakan beberapa kata-kata hikmah yang dituturkan oleh bekas pemimpin negara kita. Renung-renungkanlah.Di bawah merupakan video sajak dari Tun Mahathir yang bertajuk 'perjuangan belim selesai'. Ya rakan-rakan.. perjuangan kita belum selesai... masih banyak yang perlu kita perjuangkan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan