PERHATIAN: Terdapat artikel baru kaedah buat duit online tanpa modal . Boleh lihat artikel tersebut di SINI
Bukankah indah jika anda boleh mengekspresikan emosi serta jiwa halus anda melalui muzik. Tetapi anda mempunyai satu masalah iaitu tidak tahu bermain alat muzik. Jadi pada post kali ini penulis akan beri tutorial untuk belajar piano secara basic.Objektif post ini adalah supaya anda mampu untuk memainkan lagu dengan piano setelah anda habis membaca post ini.
Baiklah mula-mula sekali anda perlu tahu basik key di piano. lihat gambar di bawah ini:
Ok sekarang mari belajar tentang asas pembinaan kord di piano. Kebanyakan lagu menggunakan kombinasi kord major dan minor.Kesilapan utama bagi kebanyakan orang yang baru belajar piano atau gitar ialah mereka menghafal kord tetapi tidak tahu asas membina kord. Jadi banyak kord yang perlu dihafal tetapi jika anda tahu asas pembinaan kord, anda boleh bermain kord apa sekalipun tanpa perlu menghafalnya,
Ok apa itu kord? Kord ialah kombinasi 3 not yang dimainkan secara serentak. Secara asasnya ada 2 jenis kord yang selalu dimainkan iaitu Major dan Minor. Di piano Kord selalunya dimainkan dengan jari 1,3 dan 5.lihat gambar dibawah.
Jadi untuk membina kord jari kanan no 1 letakkan di not kord tersebut. contohnya jika anda mahu membina kord C major, letakkan jari 1 di not C. Lihat gambar di bawah:
Jadi formula untuk membina kord major adalah '4-3'. Apa itu? itu adalah jarak antara not.Cuba lihat contoh diatas. untuk C major , not E jaraknya adalah 4 not dari C dan not G jaraknya 3 not dari E. Jadi jari 1 pada C, jari 3 pada E, dan jari 5 pada G.
Ok sekarang anda pula cuba. cuba bina kord F major. Gunakan formula di atas... anda berjaya membina kord tersebut? sila cek dengan gambar di bawah samada anda betul atau tidak.
Jadi menggunakan formula yang sama, jari pertama di F, 4 not dari F iaitu A di jari ketiga,dan 3 not dari A iaitu C di jari kelima.
Ok sekarang mari kita belajar membina kord minor pula. Formula untuk membina kord minor ialah '3-4'. Cuba lihat contoh C minor dibawah:
Seperti yang anda lihat dalam gambar diatas, jari pertama di C, 3 not dari c iaitu Eb di jari 3 dan 4 not dari Eb iaitu G di jari 5. Ok sekarang anda telah mengetahui asas-asasnya, sekarang anda kena lakukan practikalnya. dibawah ini ada kord bagi lagu sonata musim salju nyanyian Hazami. jadi anda boleh cuba memainkan lagu ini di piano. Anda tiada piano? anda boleh cuba memainkan piano flash yang berada di akhir post ini, mungkin feelnya tidak sama seperti memainkan piano biasa tapi at least anda boleh mempraktikkan pembinaan kord yang anda baru belajar ini. Selamat mencuba.
Perhatian: berikut adalah singkat bagi kord yang selalu ditulis di dalam buku kord
contoh: C major ditulis sebagai C sahaja
: C minor ditulis sebagai Cm
Hazami - Sonata Musim Salju
Intro: Am Dm G C Dm E Am
Dm G
Saat ku merindu kan dirimu
C F
Jiwa meronta kau ku damba
Dm E Am
Ohh gerhana lah seluruh pancar indra
Dm G
Ku hilang dalam memori cinta
C F
Membakar seluruh jiwa raga
Dm
Hanya kau utkku
F E
Kau tiada dua
Dm G
Bagaikan siang tiada mentari
C F
Bagai mlm tiada cahya purnama
Dm E
Tanpa mu tiada erti hidup berdua
Am A
Ke akhir masa kau ku cinta
Anda boleh memainkan piano di bawah ini menggunakan kibod komputer anda berpandukan gambar diatas. contohnya C major, anda boleh tekan huruf A,D,dan G secara serentak untuk membunyikan kord.
Sebarang komen atau pertanyaan adalah dialu-alukan.
*UPDATE: dapatkan video PERCUMA 'belajar piano dalam masa 5 minit di SINI
Maaf, promosi sikit. video dibawah adalah muzik ciptaan penulis yang bertajuk 'sonata abadi' sudi-sudikanlah mendengarnya dan subscribe sekali kalau boleh :)
hai...seronok sgt dapat belajar..nak tnye...kalau Dm tu 'm' bermaksud ape?
BalasPadamhai.. oh saya lupa nak bagitahu Dm tu bermaksud D minor, kalau kord major contohnya D major dia hanya ditulis D sahaja, anyway tahniah sebab dah dapat belajar piano, im glad too.. :)
BalasPadammcm mana nk buat ikut lgu hazami tu?nie paling basic ke?
BalasPadamwow!! sgt senang laa..dah lama sye nk blajar main nie..hehe
BalasPadamnk tnye sket klu not G, F dll tu mmg main major ke?? hrp dpt reply secepatnya...^_^
ya kalo hanya F,G maknanya F major dan G major, kalau Fm atau Gm barulah chord minor
BalasPadammacam mana nak buat kord Dm,Am,Bm?
BalasPadamkalau tidak keberatan bolehkah awak menjadi tenaga pengajar saya?
BalasPadamsekarang ni saya betul-betul berminat untuk belajar..
teringin nya nak belajar main piano..
BalasPadamteringin nak bejar piano skrg
BalasPadamBoleh ajar saya . Saya minat belajar piano . Terutama lagu Yiruma-Kiss the rain . Boleh ajar cara membaca not scale?
BalasPadamseronok dapat belajar . terima kasih . tapi saya cume gune piano dalam tab je . yg 'real' akan datang kut .
BalasPadamTerima kasih... sy baru nak berjinak2 dgn piano ni... harap sy berjaya :)
BalasPadamsaya tak berapa faham la pasal piano dan keyboard ni... piano dan keyboard ni sama ke?
BalasPadampiano tu alat music bersaiz standard. Lengkap kunci nya..keyboard besaiz kecil jer,biasa untuk senang bawa dan belajar.
BalasPadamErmm , nk tanye cket .. contoh lh ad lgu nihh die ad kord C , nk tekan yg mne stu ? Kan piano nihh ad byk kord C ? Nk tekan yg mne stu ?? Hope ad yg bg jawapan ..
BalasPadamsaya pakaii keyboard so , agak susah untuk saya bermain pianoo ,,
BalasPadamapa maksud 'M' ?? Dm ?? C Major?
C Minor?
Hope ad yg bgi jawapaNN ..::: :)
kalau kord bm7 tkan ap?
BalasPadamMcm mane nak tau kord tu gune tgn kanan atau tgn kiri ? Ape cth perbezaan antare kord tgn kanan or kiri ?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamtahniah dan terima kasih, saya mudah faham dengan apa yang anda nyatakan... formula major dan minor sangat mudah berbanding yang saya faham sebelum ini.. tahniah dan terima kasih sekali lagi.. apa seterusnya.. untuk keybord macam mana pula ?
BalasPadamdah lama saya nak belajar piano tapi x tau cam ner saya suka mengekspresikan emosi saya melalui lagu.x berapa paham lagi. nak tanya cam mana nak dapat kod2 untuk lagu?
BalasPadamada ker sapa2 boleh ajar saya bermain piano..Saya tak boleh belajar bersendirian melalui internet kerana tak paham.saya nak belajar piano sbb nak ajar anak saya bermain piano
BalasPadambest sekarang saya dah paham
BalasPadamIngin bertanya dan belajar. Apakah fungsi jari kiri dan kanan semasa bermain piano. Saya mulai memahami konsep chord creation tu 4-3, 3-4 tapi apakah fungsi jari kiri dan kanan dalam hal ini. Saya menggunakan kchord ya tunjukkan tapi iramanya tak synchronize. Adakah saya silap mengadaptasikan cara menekan key tersebut.. Mohon pandangan dalam hal nin. Terima kasih.
BalasPadambukan jari kiri selalunya untuk base dan seumpamanya?dan jari kanan untuk separuh bahagian yang nadanya lebih tinggi?
BalasPadamsaya boleh melakukanya dengan mudah. terima kasih
BalasPadamThanks... baru aku tahu asasnya macam itu.... SALAM DARI INDONESIA
BalasPadammacam ni ya.. kalau G# kiranya yg berkaitan bertanda # ape maksudnya..adakah M iaitu minor sila beri jawapan dengan segera..
BalasPadamhe he he
BalasPadamsaye tak ade piano atau keyboard.. tak mampu nak beli lagi. tp disebabkan nak sangat reti main saye ade download aplikasi piano kat komputer riba saye, tapi tak faham sangat macam mane nak main. mohon ajar bole....hehe
BalasPadamTerimakasih atas pembelajarannya :) Salam dari Indonesia..
BalasPadamchord biasa dimain bersama tangan kiri dan kanan, so bagaimana kita nak bezakan chord dimainkan tangan kanan atau kiri / dua2 skali.
BalasPadamOhh senang aje koard asas nye..da 2 thun aq beli keyboard tp maen 2-3 kli tros x diusik smpai skrag..rupenye xde laa jauh cgt dri asas kord gitar yg slalu aq maen..tp bru skrag bru nk research bnde nie..ap pon trime kasih laa klau x smpai ke tua aq x tw blja maen bnde nie..huhuhu
BalasPadamthanks sbb ajar,, saye da boleh faham asas,,saye dalam usaha nk men lagu Demi Lavoto,, A gift of a friend,, lau awk ade script nyer,, saye mohon agar awk bleh share skali,, :)
BalasPadamAlhamdulillah, terima kasih semua diatas feedback yang diberi, Jika anda rasa ilmu yang saya berikan ini berguna untuk anda, doakanlah kesejahteraan saya di dunia dan akhirat :)
BalasPadamTq... tpi cam mana nk bca chord dlm scale?
BalasPadamAde x chord utk lagu darjat??ataupon lagu hacks??teringin nk men lgu tuuhh
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadammenarik postnya
BalasPadamslm sdr, tq hrp dpt mbantu, umur dh 50th dh ni bru nk blajar kord tk sengaja tgahri td trbli ngn kwan keyboard YAMAHA PSR-S710 ingat main2 je grau ngan dia..trpaksa la amik ... ok ker tu ? pe2 pun im appreciated ur blog nih tq
BalasPadamwsalam bro... kalo model yamaha psr series kira ok dah tu bagi yang baru nak blaja..... saya dulu pun masa mula-mula kibod yamaha psr juga saya guna... alhamdulillah semoga pembelajaran kibod bro sukses :) oh ya untuk lebih info boleh download video tutorial piano saya pada link yang saya letak di hujung post ini secara percuma....Thanks for visiting my blog.
BalasPadamtq bro.. aq dh boleh men lagu muhasabah cinta.... insyaallah akan keluarkan satu lagu nnti
BalasPadamnak tanya dua2 tangan kiri kanan perlu mainkan cord major dan minor ka?
BalasPadammantap jadi pengen kaya begituan,
BalasPadammesti banyak belajar nih,,
,,
bagaimana saya boleh dapatkan tenaga pengajar yang boleh mengajar saya sebagai pemula .
BalasPadamTidak berapa faham lah macam sudah ni Mo berlajar piano tapi Sya sangat minat dengan piano
BalasPadam