Blog untuk belajar buat duit online,serta tutorial tutorial yang membantu anda dalam kehidupan

Jumaat, 20 Mac 2020

buat duit dari rumah tanpa modal dalam masa 5 minit



Tips Cara Buat Duit dari rumah Tanpa Modal. Sewaktu artikel ini ditulis virus covid-19 sedang menular dan rakyat Malaysia sedang dalam perintah kawalan pergerakan selama 14 hari, dan kebanyakan orang duduk di rumah sahaja.Jadi artikel buat duit dari rumah ini diharap dapat membantu anda menjana duit dari rumah anda dan sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan anda.

 Saya akan berkongsi 10 cara Mudah Buat Duit Online tanpa modal yang boleh anda praktikkan di rumah anda dan anda boleh mula menjana duit dalam masa 5 minit sahaja. Kesemua cara buat duit online ini telah dipraktikkan oleh saya dan ia dijamin boleh membantu anda menjana duit dari rumah dengan hanya menggunakan handphone atau laptop serta pc anda.


 Dengan kaedah buat duit yang akan saya kongsikan nanti, anda mampu menjana sekurang kurangnya $50 atau $60 sebulan dan hampir kesemuanya dibayar menggunakan paypal. Kelebihan buat duit dengan paypal ialah anda boleh pindahkan jumlah wang di dalam akaun paypal anda dengan mudah ke akaun bank pilihan anda seperti maybank dan lain lain bank. Gambar dibawah merupakan bukti pendapatan saya bulan lepas serta separuh bulan ini di paypal yang saya dapat dengan hanya menggunakan kaedah kaedah buat duit yang saya akan kongsikan di sini. Perhatikan juga saya telah berjaya transfer duit dari akaun paypal ke akaun Maybank dengan mudah. Dan paling penting tiada risiko buat anda kerana semua kaedah buat duit yang saya akan ajar ini tidak memerlukan modal langsung dan anda boleh mula membuat duit secara online dalam masa 5 minit. Anda digalakkan mendaftar kesemua website dibawah untuk memaksimumkan pendapatan anda.




Ok tanpa melengahkan masa lagi, saya akan kongsikan 10 laman web serta app buat duit dari rumah tanpa modal untuk anda serta dan mula menjana duit untuk anda

ysense.com
ysense merupakan laman web yang paling lama penulis pernah gunakan, semenjak dari tahun 2014, dan penulis telah mendapat lebih dari $750 dari laman web ini sahaja.lama web ini merupakan antara laman web terbaik untuk buat duit online secara percuma.

Untuk mula membuat duit disini selepas mendaftar, pergi ke bahagian 'Paid Survey' dan anda akan dihidangkan dengan sejumlah survey yang boleh anda sertai. Klik pada mana mana survey yang anda sukai kemudian anda akan memulakan survey anda. Jika anda berjaya menghabiskan survey dengan jayanya, duit akan masuk ke akaun anda mengikut nilai survey tersebut.



Sila periksa website ini beberapa kali sehari kerana waktu survey masuk adalah berbeza beza, anda boleh dapat sekurang kurangnya $1 sehari dengan website ini jika anda rajin memeriksanya selalu.

Nilai minimum untuk membolehkan anda transfer bayaran dari akaun Ysense ke paypal ialah $10. Jadi setelah anda buat duit $10 disini anda boleh transfer terus duit tersebut ke paypal. Daftar akaun anda diSINI

superpay.me

Superpay, sama seperti ysense, anda membuat duit di website ini dengan melakukan paid survey. Terdapat juga kaedah menjana wang disini tapi paid survey menawarkan ganjaran yang paling lumayan dimana anda selalunya boleh dapat ganjaran antara $0.80 sehingga $1.10 setiap survey, dan terdapat banyak pilihan survey disini. Untuk mencari survey yang paling lumayan anda klik 'paid survey' dan klik pada 'daily paid surveys' seperti yang ditunjukkan gambar dibawah. Anda akan dihidangkan dengan senarai survey yang boleh anda sertai, pilih mana yang anda rasa lumayan bagi anda.

Bukan itu sahaja, selain itu anda juga boleh buat duit dengan klik pada 'offer walls' dimana anda diberi pilihan untuk memilih buat duit dengan offer wall pihak ketiga pilihan anda. Antara perkara yang boleh anda lakukan di offer wall untuk mendapat ganjaran ialah dengan menonton video, menyertai kuiz, download apps juga melakukan survey. Anda harus bijak memilih offer wall yang mana yang paling berbaloi ganjarannya kerana setiap offerwall menawarkan nilai ganjaran yang berbeza antara satu sama lain.


Nilai minimum untuk membolehkan anda transfer bayaran dari akaun Superpay ke paypal ialah $1. Jadi setelah anda buat duit $1 disini anda boleh transfer terus duit tersebut ke paypal. Daftar akaun anda diSINI

getpaidto.com

Dengan menggunakan konsep yang sama dengan website sebelum ini, Getpaidto juga membolehkan anda menjana pendapatan dengan piad surveys. Selain tu ia juga mempunya offer walls. Apa yang membezakan ia dengan website yang lain ialah ia menggunakan sistem mata dan bukannya $ (jangan salah sangka... anda akan dibayar menggunakan $ ke paypal anda). 5000 mata bersamaan dengan USD1. Nilai minimum untuk transfer duit ke paypal ialah $5, jadi anda perlu mendapatkan mata sebanyak 25000 untuk trasfer duit ke paypal anda. Daftar akaun anda diSINI




timebucks.com

Timebucks adalah antara website buat duit yang saya gemari pertama kerana ia memberikan banyak bonus, contohnya setelah anda mendaftar anda secara automatik mendapat $1 sebagai bonus, dan setiap minggu akan ada cabutan bertuah yang membolehkan akaun anda menerima hadiah sehingga $250. Selain daripada itu terdapat banyak peluang untuk buat duit secara online disini contohnya melalui survey atau melalui offerwalls yang ditawarkan di website ini. Daftar akaun anda diSINI








ipanelonline.com

Ipanelonline merupakan website survey yang telah lama saya gunakan dan saya telah menjana hampir RM1000 darinya. Perbezaan website ini dengan website lain ialah setiap ganjaran diberi dalam Ringgit Malaysia.Minimum untuk membolehkan wang anda dimasukkan ke paypal ialah RM50. Agak mudah untuk mendapatkan jumlah minimum kerana kadar ganjaran bagi setiap survey agak tinggi dan kekerapan survey di dalam site ini juga agak kerap. Daftar akaun anda diSINI



Ok saya berikan 5 dahulu senarai website untuk buat duit, Lagi 5 akan saya post di nukilan yang akan datang, mungkin esok atau lusa. Jangan lupa daftar semua website ini, dan cuba menjana wang daripadanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan