Pada post kali ini penulis akan kongsikan cara bagaimana untuk membuat video muzik yang awesome dalam masa 5 minit sahaja dan yang paling penting ia adalah percuma. Tutorial ini sesuai untuk pemuzik atau band yang mahu mencuba membuat video muzik tanpa mahu mengeluarkan modal yang besar. Tutorial ini juga sesuai kepada sesiapa sahaja yang mahu membuat video muzik secara suka suka.
Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu pergi ke website Tumblrmusicgenerator kemudian pilih website tumblr yang mana menjadi pilihan anda dimana gambar-gambar dalam tumblr tersebut akan dipilih secara random untuk dijadikan video muzik. jadi setelah anda memilih tumblr yg sesuai, anda masukkan mp3 lagu yang anda pilih ke skrin dan muzik akan bermula. Gambar-gambar akan muncul secara random ketika lagu dimainkan dan ia akan mengikut rentak lagu anda secara automatik.
oh ya sebelum anda mulakan lagu pastikan anda gunakan screen recorder untuk merekod video yang dimainkan kerana website ini tiada fungsi untuk merakam video. Terdapat banyak screen recorder percuma yang boleh anda dapatkan di internet, anda boleh mencarinya sendiri.
Dibawah ini merupakan sample muzik video yang telah siap yang dibuat menggunakan tumblrmusicgenerator. Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan