Aristotle menyatakan yang muzik adalah sebuah seni peniruanatau penggambaran atau dalam bahasa inggeris dikenali sebagai imitative art. Bagi penulis ada kebenarannya dimana muzik yang selalu kita dengar semuanya seperti mahu menggambarkan sesuatu contohnya emosi. Muzik yang perlahan serta menggunakan skala minor digunakan untuk menggambarkan emosi yang sedih dan muzik fan fare menggambarkan suasana yang gembira dan meriah.Begitu juga muzik-muzik zaman klasik selepas zaman baroque seperti klasikal dan romantik, terutamanya romantik, sangat mementingkan ekspressi serta program muzik iatu muzik yang menggambarkan serta melambangkan sesuatu, itulah sebabnya muzik abad ke 20 dan 21 cuba mengubah persepsi ini. Muzik abad ke 20 mahu menjadikan muzik itu sebagai pure art, iaitu muzik yang tidak melambangkan apa-apa pun dan menggunakan konsep yang membolehkan seni muzik itu berdiri dengan sendirinya.
Contoh terbaik adalah muzik 12-tone yang dipelopori oleh Shoenberg.Konsep muziknya menggunakan susunan nombor dan muziknya boleh berdiri dengan sendiri tanpa memerlukan benda lain untuk ia gambarkan. Bagi yang kurang memahami tentang konsep muzik sebegini mereka akan mengatakan muzik ini tidak sedap dan ini adalah sampah, ini kerana mereka tidak dapat mencari jiwa atau emosi yang boleh digambarkan oleh muzik sebegini, Tapi bagi yang memahaminya, ini adalah muzik genius Yang jauh mendahului zamannya.
Muzik yang berseni tinggi tidak semstinya terletak pada muziknya yang indah tetapi terletak juga kepada konsepnya atau falsafah yang diterapkan dalam muzik tersebut.Pada pandangan penulis muzik yang masih menggunakan konsep imitative art adalah muzik kurang artnya, Ia seperti kita masih di zaman klasikal dimana semua muziknya adalah imitative art. Ok kepada sesiapa yang mahu cuba mendengar muzik 12-tone sila lihat video di bawah, tetapi jangan terkejut dengan apa yang anda dengar :)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan