Blog untuk belajar buat duit online,serta tutorial tutorial yang membantu anda dalam kehidupan

Sabtu, 12 November 2011

mentaliti kelas ketiga :10 perbuatan yang menggambarkan mentaliti kelas ketiga



Apa itu mentaliti kelas ketiga? apa bezanya dengan mentaliti kelas pertama? Mentaliti kelas ketiga bermaksud tahap pemikiran yang rendah serta berfikiran sempit. Berikut penulis berikan 10 contoh perbuatan mentaliti kelas ketiga


1. Di pasaraya, selepas menggunakan troli untuk memasukkan barang kedalam kereta, kemudian troli tersebut ditinggalkan begitu sahaja di tempat parking dan selalunya menghalang laluan kenderaan lain

2. Parking bertindih. Pasti kebanyakan kita pernah melalui keadaan ini dimana kereta ada kereta yang parking bertindih di belakang kereta anda dan menyebabkan anda tidak boleh keluar

3. Berasak-asak masuk lif tanpa menghiraukan pengguna yang mahu keluar dari lif tersebut.

4. Membuang sampah merata-rata dan membuang sampah keluar dari tingkap kereta

5. tidak berhenti semasa zebra line. Di malaysia keadaan yang unik berlaku dimana pelintas yang menggunakan zebra crossing terpaksa berkompromi dengan pemandu kenderaan demi nyawa mereka.

6. Tidak memakai tali pinggang keledar atau hanya memakainya jika ada polis atau sekatan jalanraya di hadapan.

7. Bekerja hanya semata-mata untuk duit dan bukannya berdasarkan passion, minat atau bakat.

8. Dengki dengan kejayaan orang lain, dan kalau boleh dia mahu manusia sama tahap dengan dia dan tidak lebih. Jika ada manusia yang lebih bijak atau lebih baik maka dia akan cuba untuk menjatuhkan insan tersebut agar sama level dengan dia.

9. Sukakan hiburan semata-mata dan tidak suka sesuatu yang bersifat educational, dan hiburan yang diminati adalah dari jenis hiburan berkelas rendah atau picisan yang tidak mampu untuk mencambahkan pemikiran dan minda.

10.Terlalu cepat berpuas hati dengan pencapaian diri sendiri dan tidak mahu memajukan diri sendiri kerana sudah cukup dengan apa yang ada. Kita takkan mampu menjadi world class dan compete dengan orang lain jika kita mempunyai pemikiran sebegini.

2 ulasan: