Berikut adalah 6 perkara yang membuatkan penulis bersyukur menjadi rakyat malaysia:
- Taraf pendidikan yang bagus dan murah. Bayangkan kalau penulis masuk ke universiti di negara lain terutamanya dalam bidang muzik yang menelan belanja yang mahal, tentu impian penulis tidak akan termakbul. Disini penulis bersyukur kerana penulis boleh mendapatkan pendidikan terbaik dengan yuran yang murah di universiti ini, dan antara yang termurah di dunia.
- Dijauhkan dari bencana alam yang besar. Berbanding negara jiran, Malaysia terlindung dari gunung berapi, gempa bumi serta angin taufan kerana kedudukannya yang terlindung dan strategik.
- Peluang untuk memajukan diri terbuka luas. Di sini peluang untuk menunjukkan potensi diri serta peluang untuk mengumpul wang terbuka luas, itulah sebabnya orang luar mahu bekerja di sini. Cuma kita perlulah tahu untuk mengambil peluang yang ada.
- Bebas mengamalkan agama masing-masing. Walaupun Islam adalah agama rasmi, tetapi agama lain tidak ditindas.
- Industri kreatif yang mendapat sokongan kerajaan. Dengan sokongan serta bantuan kerajaan, industri kreatif negara dapat dimajukan, lihatlah hasilnya kini, malaysia mampu membuat filem-filem seperti merong mahawangsa serta animasi bertaraf antarabangsa seperti upin-ipin.Industri kreatif negara dilihat semakin berkembang dari tahun ke tahun.
- Orang melayu dibantu untuk memperbaiki diri.Di sini adalah satu-satunya negara di dunia dimana orang melayu dibantu untuk memajukan diri supaya dapat bersaing dengan kaum lain. Tanpa bantuan sebegini sejak 30 tahun lalu, mungkin orang melayu masih jauh terkebelakang seperti orang melayu di negara lain yang seperti merempat di negara sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan